Sinopsis Lasykar Pelangi

Novel ini hasil karya novelis Andrea Hirata dari Indonesia. Novel menarik ini mengisahkan 10 pelajar Melayu di sekolah rendah Muhammadiyah di pulau Belitung . Peristiwa zaman sekolahan diceritakan secara terpeinci dan diadun dengan bunga-bunga bahasa dan maklumat sedunia. 'Laskar Pelangi' menggambarkan sekumpulan pelajar di luar bandar, miskin dan tidak dipedulikan.

Pulau Belitung terletak di antara pulau Sumatera, pulau Bangka dan pulau Jawa. Masyarakatnya terdiri daripada kaum Melayu , Cina dan lain-lain. Ekonominya bergantung kepada perlombongan bijih timah, nelayan dan buah kelapa. Di sinilah hidupnya Ikal (Andrea Hirata) ; Lintang(Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara) ; Sahara (N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah) ; Mahar (Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam) ; A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman ; Syahdan (Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz) ; Kucai (Mukharam Kucai Khairani) ; Borek (Samson) ; Trapani (Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari) ; Harun (Harun Ardhli Ramadan bin Syamsul Hazana Ramadan).

Guru Besar sekolah itu, Pak Harfan (K.A. Harfan Efendy Noor bin K.A. Fadillah Zein Noor) hampir sahaja menutup sekolah itu kerana pelajarnya cuma 9 orang. Mujurlah di saat-saat akhir , muncul pelajar baru pindah, Harun. Satu-satunya guru di sekolah itu ialah Ibunda Guru bernama Bu Mus ( N.A Muslimah Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid ).

Novel ini baik untuk dibaca oleh para guru kerana teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mungkin dapat diterapkan ketika P&P.